/* Start http://www.cursors-4u.com */ body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/special/spe-3/spe302.ani), url(http://cur.cursors-4u.net/special/spe-3/spe302.png), progress !important;} /* End http://www.cursors-4u.com */
/* Start http://www.cursors-4u.com */ body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/special/spe-3/spe302.ani), url(http://cur.cursors-4u.net/special/spe-3/spe302.png), progress !important;} /* End http://www.cursors-4u.com */
Efek Blog

clock

Wednesday, 16 March 2016

Sambutan Hari Lahir Izzue!

HAPPY BIRTHDAY IZZUE!

Okay..ini bukan cerita pasal birthday Izzue Islam tau...ni cerita pasal kawan lya..Mohd Izzudin yang merupakan salah sorang daripada ahli Asmaradana Kolej Matrikulasi Kedah. Untuk pengetahuan semua Izzue juga merupakan YDP Sahabat Imtiyaz bagi Kolej Matrikulasi Kedah. Semalam, Izzue ni ada pertandingan kawad tau..Pertandingan kawad antara kelas je..hehe..tapi malangnya group diaorang kalah.
Izzue tengah kawad >_<
Hye..! Nama saya Izzue. >_<
Dan untuk pengetahuan semua juga, semalam juga merupakan Hari Lahir Izzue yang ke-19..! Jadi kami ahli asmaradana ni yg bertanggungjawab untuk membuat satu 'prank planning'..hehehe...Kami buat satu group kat whatsapp yang bertajuk 'Prank Izzue Planning'. Hahaha...kami semua rancang lepas habis pertandingan kawad nak sambut birthday izzue. 

Kami pun contact semua ahli asmaradana untuk turun padang petang tu..ceyh...! >_<  Kami merancang untuk simbah izzue dengan air + ais...hihihi..jahat kan kitaorang? Pada mulanya, kami cuma berancang nak main simbah-simbah je..tapi tiba-tiba lya terfikir..lepas main tu mesti lapar kan? So, lya pun tanya kat group "korang nak makan pizza tak? kalau nak,nak order. sorang RM5.." Masa tu dah pukul 6.30petang.. Diaorang takut tak sempat ambik...sebab peraturan kolej selepas pukul 7 petang tak boleh merayap pi mana-mana dah..tapi lya cakap sempat..so, lya order jugak. Dan pizza tu sampai tepat pada masanya.. yayyy =P 

Okay..lepas izzue dah habis kawad, maira pun umpan izzue datang dekat sikit dengan kitaorang. Masa tu, kitaorang masing-masing dah ready dengan baldi, gayung, dan cawan yang berisi air ais.. huahahaha...>_< Bila izzue dekat je..kitaorang terus seraaangggg..! Memang lencun la dia semalam...haha...lepas main-main air tu.kami semua makan-makan sebab nak dekat maghrib dah. Izzue terharu sangat..dia kata macam nak nangis..hahaha.. =)

Btw, Happy Birthday Izzue..! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... ;)











Monday, 14 March 2016

Flower Garden Dinner Seri Temin

Hye blogger sekalian! Lama lya tak update blog lya kan? Sekarang lya busy dengan event-event di kolej ni. Okay..hari ni lya nak cerita pasal Annual Dinner Blok Seri Temin di kolej lya. Blok Seri Temin ni ialah blok asrama perempuan yang terdapat di kolej lya.

Pada hari jumaat yang lepas, asrama lya telah mengadakan jamuan makan malam yang bertemakan Floral Garden. Semua pelajar digalakkan memakai baju atau aksesori yang bertemakan Floral Garden. Nak dijadikan cerita pula, lya diminta tolong untuk membuat persembahan pada malam itu bersama-sama dengan kawan-kawan lya. Lya mengenakan dress floral labuh beserta dengan satin shawl berwarna sedondon iaitu ungu.

>_< 
 Lya buat pertama kalinya telah membuat persembahan dengan bermain gitar,manakala kawan-kawan lya menyanyi lagu yang bertajuk I'm yours.Tapi waktu ni lya down sikit la sebab microphone tak berfungsi dengan baik.Bunyi gitar tak kuat. Lagu kedua dinyanyikan oleh lya sendiri yang bertajuk Aku Suka Dia daripada Ainan Tasneem. Lagu ketiga pula dinyanyikan bergilir-gilir oleh kami semua yang bertajuk Imagination daripada Shawn Mendes.

Selepas membuat persembahan lya dengan kawan-kawan pun pergi la berjamu selera. Sebenarnya, meja pada malam tu penuh. Lya dan kawan lya tak tau nak duduk kat mana. Nasib lya ada kawan AJK Blok. Dia suruh lya dengan kawan lya makan kat meja depan dan meja tu ialah meja VIP. And i feel like..WHAT..?? Meja VIP?? Hahaha..serius rasa terkejut...lepas tu kitaorang makan je dengan berselera...Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Kuah Dalca, Ulam-ulaman,Muffin dan sebagainya.. Nyam! Nyam! >_<

Lepas tu kitaorang pun bergambar buat kenang-kenagan pada malam tu. Lya tengok baju kawan-kawan lya yang lain semua cantik-cantik. Almaklumlah...tuan baju tu pun cantik dan comel2 belako deh..hahaha..Okaylaa...sampai sini saja cerita lya. Nanti kalau lya dapat pengalaman baru lya akan kongsikan disini k? Maybe next time, i will tell you about our English Night Festival in our collage. Since i have participated in deco theme for that event. So..just wait and see..hehe >_<

Disini lya dah sertakan gambar-gambar kenangan lya bersama kawan-kawan lya..So..anda semua dijemput tengok yaa.. =)













Wednesday, 2 March 2016

ASMARADANA =)

ASMARADANA... 

Tari Asmaradana adalah sebuah tembang macapat dari Jawa selanjutnya diimplementasikan menjadi tarian. Tari Asmaradana sendiri merupakan Jenis tarian klasik yang berasal dari Kraton Yogyakarta. Jumlah penari seorang atau beberapa orang gadis. Tarian ini menggambarkan aktivitas keremajaan, seperti: menyisir rambut, berhias, berpakaian dan sebagainya. Penari mengenakan jamang, sumping, kelat bahu, mekak, sampur dan kain batik. Di Kraton Surakarta, tarian ini pertama kali dipentaskan pada waktu upacara perkawinan K.G.P. H. Kusumoyudo (salah seorang putra Sri Paduka Susuhunan PB X) dengan G.K. Ratu Angger pada tahun 1910. Disebut Golek Asmaradana karena diiringi gending Asmaradana.


Hye blogger! Hari ini lya bukan nak cerita pasal sejarah kewujudan tarian Asmaradana seperti di atas ni, tapi lya nak cerita tentang pengalaman lya sendiri menyertai tarian Asmaradana. Sebetulnya sebelum ni, lya tak ikut serta,disebabkan ahli dah cukup. Kawan lya hanya viralkan dalam group koir sahaja.Tapi, dua org daripada ahli koir tu merupakan kawan karib lya. Lya selalu jugak ikut diaorang pergi praktis. Tempat praktis kami ialah di Bangunan Langkasuka Kolej Matrikulasi Kedah di hadapan bilik gym.Nama kumpulan asmaradana kawan lya ni ialah Florence. Kumpulan ni sebenarnya ditubuhkan untuk menyertai Pertandingan Seni Budaya di kolej. Sambil lya lihat diaorang praktis lya pun sempat la tangkap beberapa step dalam otak lya ni..samapai lya dah boleh hafal semua step asmaradana.Kalau nak suruh masuk pun macam xde masalah la.. >_< Diaorang telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
Bersama dengan pemenang tempat kedua. Tarian India

Selepas praktis...hehehe

Di astaka.. :P
Malam rehearsel. =)
Bersama partner saya.. =)
Kami buat LOVE...hehehe
Pejam mata semua... >_<
Serius-serius.. =P
Group ASMARADANA Kolej Matrikulasi Kedah
Di gelanggang squash...haha




Oleh sebab kumpulan ni dah menang,diaorang pun diminta untuk buat persembahan pada Malam Kebudayaan atau Cultural Night.Dari situ la lya ditarik masuk kedalam kumpulan ni sebab lya dah tau step. Dalam masa yang sama, budak lelaki pun ditarik masuk untuk menjadi partner tarian masing-masing. Jadi, jumlah ahli kumpulan semua 12 orang. 6 lelaki 6 perempuan. Tiap-tiap hari kami kena turun praktis sebab ada step baru yang ditambah dan ambil masa untuk cipta koreografi.


Kami semua pernah menari di merata tempat. Dekat astaka dan padang pun pernah. >_<
Bila dah dekat dengan tarikh kami makin lama makin serius. Terdapat dua kali rehearsel pada malam hari sebelum persembahan tersebut. Walaupun baru rehearsel, kami semua nervous sangat..yelaa sebab step pun ramai yang tak recall lagi..huhuhu..takutt....pastu kami try baju apa semua..
Keesokannya, hari persembahan. Pagi tu, kami dapat idea baru..untuk bagi persembahan lagi gempak! Hehehe...dan akhirnya kami dapat menghibur dan memuaskan hati semua orang dengan persembahan kami..untuk lebih teliti lya telah sertakan dengan beberapa keping gambar lya dan kawan-kawan di atas. Insyaallah... =)

Sekian dari kami Group ASMARADANA Kolej Matrikulasi Kedah =)