/* Start http://www.cursors-4u.com */ body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/special/spe-3/spe302.ani), url(http://cur.cursors-4u.net/special/spe-3/spe302.png), progress !important;} /* End http://www.cursors-4u.com */
/* Start http://www.cursors-4u.com */ body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/special/spe-3/spe302.ani), url(http://cur.cursors-4u.net/special/spe-3/spe302.png), progress !important;} /* End http://www.cursors-4u.com */
Efek Blog

clock

Monday, 14 March 2016

Flower Garden Dinner Seri Temin

Hye blogger sekalian! Lama lya tak update blog lya kan? Sekarang lya busy dengan event-event di kolej ni. Okay..hari ni lya nak cerita pasal Annual Dinner Blok Seri Temin di kolej lya. Blok Seri Temin ni ialah blok asrama perempuan yang terdapat di kolej lya.

Pada hari jumaat yang lepas, asrama lya telah mengadakan jamuan makan malam yang bertemakan Floral Garden. Semua pelajar digalakkan memakai baju atau aksesori yang bertemakan Floral Garden. Nak dijadikan cerita pula, lya diminta tolong untuk membuat persembahan pada malam itu bersama-sama dengan kawan-kawan lya. Lya mengenakan dress floral labuh beserta dengan satin shawl berwarna sedondon iaitu ungu.

>_< 
 Lya buat pertama kalinya telah membuat persembahan dengan bermain gitar,manakala kawan-kawan lya menyanyi lagu yang bertajuk I'm yours.Tapi waktu ni lya down sikit la sebab microphone tak berfungsi dengan baik.Bunyi gitar tak kuat. Lagu kedua dinyanyikan oleh lya sendiri yang bertajuk Aku Suka Dia daripada Ainan Tasneem. Lagu ketiga pula dinyanyikan bergilir-gilir oleh kami semua yang bertajuk Imagination daripada Shawn Mendes.

Selepas membuat persembahan lya dengan kawan-kawan pun pergi la berjamu selera. Sebenarnya, meja pada malam tu penuh. Lya dan kawan lya tak tau nak duduk kat mana. Nasib lya ada kawan AJK Blok. Dia suruh lya dengan kawan lya makan kat meja depan dan meja tu ialah meja VIP. And i feel like..WHAT..?? Meja VIP?? Hahaha..serius rasa terkejut...lepas tu kitaorang makan je dengan berselera...Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Kuah Dalca, Ulam-ulaman,Muffin dan sebagainya.. Nyam! Nyam! >_<

Lepas tu kitaorang pun bergambar buat kenang-kenagan pada malam tu. Lya tengok baju kawan-kawan lya yang lain semua cantik-cantik. Almaklumlah...tuan baju tu pun cantik dan comel2 belako deh..hahaha..Okaylaa...sampai sini saja cerita lya. Nanti kalau lya dapat pengalaman baru lya akan kongsikan disini k? Maybe next time, i will tell you about our English Night Festival in our collage. Since i have participated in deco theme for that event. So..just wait and see..hehe >_<

Disini lya dah sertakan gambar-gambar kenangan lya bersama kawan-kawan lya..So..anda semua dijemput tengok yaa.. =)













No comments:

Post a Comment